Pemuda Bisa Menggegar Dunia

“..saya lebih baik menyerah jiwa raga saya kepada Allah daripada mengemis kepada seseorang
pemerintah yang zalim. Jika memang Tuhan menghendaki, maka dengan ikhlas saya menyerahkan jiwa
raga saya ini. Tetapi jika bukan dengan kehendakNya, apa pun yang diperbuat, mereka tak akan dapat
melakukan sesuatu pun atas diriku..!”.

Thursday, July 1, 2010

" Pas 4 Allah Vs Islam 4 All"

Ketika dada-dada akhbar hangat memperkatakan tetang ulama PAS dan ulama UMNO, saya lebih tertarik dengan konsep yang bakal diperkenalkan oleh ulama' UMNO iaitu ' Islam untuk semua'. Apa yang menariknya ialah ia seolah-olah cuba melawan slogan PAS iaitu 'Pas untuk semua' dan menunjukkan UMNO yang lebih syumul (menyeluruh) dalam setiap perkara.

ada apa dengan ' Islam untuk semua'?

Pada pandangan saya slogan 'islam untuk semua' adalah bagus dan menarik sekiranya ia dilaksanakan dengan betul. Namun demikian, slogan sahaja tidak mencukupi sekiranya perkara dasar dalam UMNO tidak berubah. Jika kita mengimbau kembali sejarah sekitar tahun 1948 apabila Hizbul Muslimin yang ketika itu digerakkan oleh dua orang tokoh ternama iaitu Dr.Burhanudin al-Helmy dan Ust Abu Bakar Al-Baqir telah diharamkan ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948. Disebabkan peristiwa ini ,maka ada Segelintir ulama' yang masuk kedalam UMNO kerana mereka berasa perlu untuk berada dalam satu pertubuhan untuk memperjuangkan islam. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno.

Bahagian ini kemudiannya, mengatur beberapa persidangan untuk membolehkan ulama' menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, "Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan", Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulama' ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulama' telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulama' yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.

Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulama' dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulama' membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulama' di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema "Ulama' ke Jalan Allah" bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Allah. Para ulama' menolak sebarang bentuk-bentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

sejarah membuktikan bahawa ulama' tidak tahan dengan kerenah UMNO. Walaubagaimanapun, sejarah tetap dijadikan rujukan supaya pisang tidak berbuah dua kali. Sekiranya UMNO mengubah dasar yang dibawanya,saya yakin dan percaya bahawa slogan ' Islam untuk semua' boleh dilaksanakan dan PAS boleh bergabung dengan UMNO. Sekiranya perkara dasar tidak berubah,maka perkara sama tetap akan berlaku iaitu perjuangan berteraskan ketuanan melayu dan kesyumulan islam tidak dapat di terjemahkan malah memburukkan lagi imej islam.

ada apa dengan 'PAS untuk semua'??

Jika kita melihat sejarah ringkas diatas, penubuhan Pas adalah kerana merasakan perlunya menolak Parti yang tidak menuju kepada keredhaan Allah. Hal ini bermakna perkara dasar Pas ialah membentuk sebuah negara yang diredhai oleh Allah s.w.t. Maka jika mahu negara yang direhai oleh Allah maka jawapannya ialah Islam.

Firman Allah:

"sesungguhnya agama yang diredhai oleh Allah ialah islam.." (surah Ali Imran : 19)

"sesiapa yang mengikut jalan dari apa yang di syariatkan oleh Allah sebagai agamanya,maka tidak sesekali akan diterima daripadanya (surah Ali- Imran : 85).

maka saya beranggapan tidak perlulah Pas menggunkan slogan 'islam untuk semua'. sebaliknya penggunaan 'Pas untuk semua' menjadikan orang bukan islam mudah untuk mendekati mereka. Saya juga melihat Pas cuba memecah temboknya apabila menbenarkan orang bukan islam berada dalam parti mereka. Ini menujukkan bahawa Pas sebaris dengan Dap dan Pkr kerana merupakan parti multiracial.

saya juga berpandangan bahawa nama yang berbentuk islam tidak perlu diwawarkan sekiranya ia tidak diterima masyarakat,tetapi sebaliknya menggunakan nama yang bersifat mesra rakyat tetapi tahu kemana arah yang hendak dituju dan matlamat sebenar.


1 comment: