Pemuda Bisa Menggegar Dunia

“..saya lebih baik menyerah jiwa raga saya kepada Allah daripada mengemis kepada seseorang
pemerintah yang zalim. Jika memang Tuhan menghendaki, maka dengan ikhlas saya menyerahkan jiwa
raga saya ini. Tetapi jika bukan dengan kehendakNya, apa pun yang diperbuat, mereka tak akan dapat
melakukan sesuatu pun atas diriku..!”.

Sunday, August 29, 2010

Pejuang Islam Atau Politik

Polimik demi polimik muncul di kaca television, tidak cukup dengan isu baca doa kesejahteraan untuk orang bukan islam dan kini timbul pula isu orang bukan islam tidak boleh berceramah dalam masjid atau surau.

Pada pandangan saya secara peribadi tiada salahnya untuk orang bukan islam masuk ke dalam masjid dengan harapan untuk mengenali islam,berkata tentang keadilan dan tidak mencemarkan agama islam. Jika kita mengimbau kembali Sirah Nabawiyah apabila ada orang kafir kencing didalam masjid dan Nabi muhammad tidak mengapa-apakan arab badwi tersebut walaupun pada ketika itu ada para sahabat yang marah dengan tindakkan arab badwi tersebut. Walaubagaimanapun,Nabi Muhammad hanya menyuruh sahabat tersebut membasuh najis tersebut.

Dari Anas bin Malik r.a, beliau berkata, "Seorang Arab Badwi pernah memasuki masjid, lantas dia kencing di salah satu sisi masjid. Lalu para sahabat ketika itu meneriaknya dan berkeinginan untuk mencegahnya, namun Rasulullah saw dengan penuh bijaksana bersabda, ”Jangan kalian putuskan kencingnya!”. Maka tatkala orang tersebut selesai dari kencingnya, Nabi menyuruh agar tempat yang terkena air kencing tersebut disiram dengan air, lalu memanggil orang Badwi tadi dan bersabda kepadanya, “Sesungguhnya masjid ini tidak layak untuk membuang kotoran di dalamnya, namun ia dipersiapkan untuk solat, membaca al Qur’an dan dzikrullah.” (riwayat al Bukhari-Muslim).

Dalam riwayat Imam Ahmad bin Hambal, orang Badwi itu berkata: "Ya Allah sayangilah saya dan Muhammad, dan janganlah engkau sayangi seorangpun".

Pengajaran yang kita harus ambil daripada peristiwa ini ialah:

Pertama

sifat lemah lembut yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw dalam menegur mad'u. Baginda tidak memarahinya tetapi menegurnya dengan baik dan akhirnya orang Badwi itu berkata:

"Ya Allah sayangilah saya dan Muhammad, dan janganlah engkau sayangi seorangpun".

Ini menunjukkan kejayaan dalam dakwah baginda. Namun hari ini,terdapat segelintir orang yang terpekik terlolong yang kononnya orang bukan islam tidak boleh masuk masjid atau surau.

kedua

dalam menegur mad'u perlulah sesuai mengikut keadaan.Sekiranya teguran tersebut boleh menyebabkan mudarat yang lebih besar maka ia perlulah di elakkan. Jika kita melihat kembali Firman Allah:

"dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan Setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan."(QS Al-An'am : 108)

apakah manusia hari ini tidak reti mengambil pengajaran???atau hanya mengikut selera nafsu dan persepsi politik mereka???

ketiga

Nabi Muhammad memberi penerangan kepada orang arab badwi tersebut:

"Sesungguhnya masjid ini tidak layak untuk membuang kotoran di dalamnya, namun ia dipersiapkan untuk solat, membaca al Qur’an dan dzikrullah."

ini menunjukkan bahawa masjid merupakan tempat agung orang islam dan masjid tempat beribadat,dzikrullah dan lain-lain yang membawa kebaikan.

Namun demikian adakah kita ada melakukan penerangan atau sekadar menghina golongan bukan islam??? sama-sama kita fikirkan

Namun demikian, adab ketika didalam masjid perlu dijaga iaitu untuk orang islam hendaklah menutup aurat manakala untuk orang bukan islam memadailah memakai pakaian yang sopan dan perlu menutup aurat walaupun tidak sempurna sebagai menghormati fungsi masjid sebagai tempat ibadat orang islam.

Wednesday, July 14, 2010

ZALIM!!!

Saban hari kita melihat terlalu banyak kezaliman yang berlaku di atas muka bumi ini. Perbuatan zalim bukan sahaja berlaku pada zaman moden ini sahaja tetapi ia telah berlaku sejak zaman-zaman nabi terdahulu dan kenapa kita masih tidak mengambil pengajaran. Kita bukan menuju kearah masyarakat yang cintakan keamanan tetapi sebaliknya kehancuran kerana masyarakat sekarang sedang menuju kearah masyarakat jahiliyah.

Apa buktinya???

1. Pembuangan anak berlaku secara berleluasa.
2. Kejadian zina semakin meningkat.
3. Rasuah berleluasa.
4. Anak yang memukul ibu bapa.
5. Pelacuran
6. Judi
7. Arak

dan lain-lain lagi..yang tidak dapat dilihat melalui pandagan mata.

Walaupun kita sering digambarkan sebagai negara yang aman,tetapi sebenarnya hanya indah khabar dari rupa. Adakah sikap individualistik,perkauman, ketidak adilan?? merupakan keamanan yang ingin digambarkan. Jika itu lah yang dimaksudkan dengan aman maka ia sebenarnya telah mematikan akal manusia terutamanya penduduk Malaysia. Rakyat Malaysia akan mula malas untuk berfikir sebaliknya mengikut apa yang dituruti dan menjadi seorang pengecut.

Jika kita imbas kembali sirah Nabawiyyah bagaimana "Sa'ad Bin Abi Waqas sedang solat bersama beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. di sebuah lorong Mekah,tiba-tiba mereka diganggu oleh golongan musyrikin Mekah. Orang musyrikin itu lalu mengecam dan mencela apa yang mereka lakukan sehingga terjadinnya pertarungan.Kemudian Sa'ad Bin Abi Waqas pada waktu itu berhasil membunuh seorang lelaki dari kaum musyrikin dengan menggunakan rantai unta. Itulah darah pertama kali ditumpahkan dalam islam "(Tahdzibul as-sirah, Ibnu Hisyam,hlm 57)

Dari karekteristik ini dapat kita fahami bahawa aktivis gerakan islam tidak sama tingkatannya dalam menghadapi gangguan. Ada dikalangan mereka yang popular kerana keberaniaan (Umar Al-Khatab), keluarganya dan kedudukannya.

Bagi masyarakat dan individu yang dizalimi kita berhak melakukan tindak balas dan perlu menentang mereka yang zalim. Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam Firmannya:

" dan orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan zalim mereka membela diri."
(Surah Asy-Syura; 42:39)

tindak menolak perkara yang zalim merupakan perkara yang positif dalam meningkatkan moral masyarakat,terutama dalam menentang golongan yang zalim. Malah tindakan melawan golongan atau individu yang zalim boleh mendorong seseorang atau sekumpulan manusia bergabung (tahalluf) dengan barisan dakwah dengan harapan keadilan dapat dikecapi.

Namun dalam pembelaan diri tidak seharusnya wujud sifat balas dendam,permusuhan tidak tentu hala . Ia hanya terbatas sebagai tindakan menolak permusuhan terhadap hak-hak asasi manusia biasa disetiap masyarakat.

Monday, July 5, 2010

Pidato Semasa Zaman Rasulullah

Jika kita mengimbau kembali Sirah Nabawiyah, Rasulullah S.A.W telah mengajar kita untuk berpidato supaya menyatakan kebenaran. Perpandukan kepada sirah nabawiyah, saya ingin membuktikan bahawa Nabi Muhammad sendiri telah berpidato untuk menyatakan kebenaran yang dibawa.

peringkat permulaan:

Rasulullah S.A.W telah berpidato di atas Bukit Shafa kemudian berseru "Ya Shabaha!" maka kabilah-kabilah Quraisy pun berdatangan memenuhi seruan. Kepada mereka Rasulullah mengajak beriman kepada risalah yang dibawanya,hari akhir dah tauhidullah.

Imam Bukhari meriwayatkan bahagian dari kisah ini dari IBnu Abbas,ia berkata "setelah turun ayat '..dan berilah peringatan kepada kerabatmu yang dekat', Rasulullah segera naik ke atas Bukit Shafa kemudian berseru, 'Hai Bani Adi dan suu-suku kabilah Quraisy yang lain ' hingga berkumpul. Orang-orang datang dan ada yang menghantar wakil untuk meyaksikan sendiri apa yang ingin diucapkan oleh Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah menyatakan kebenaranya.

seterusnya semasa dalam Perang Uhud:

Rasulullah berpidato untuk memberikan semangat dalam menghadapi pertempuran itu. Beliau menjanjikan pasukannya akan mendapat kemenangan apabila mereka tabah. Lalu, beliau mengambil sebilah pedang sambil bersabda, "Siapa yang akan memegang pedang ini untuk disesuaikan dengan tugasnya?"
Beberapa orang tampil, namun pedang itu tidak pula diberikan kepada mereka. Kemudian, Abu Dujana Simak bin Kharasya dari Bani Sa'ida tampil seraya berkata, "Apa tugasnya, ya Rasulullah?" "Tugasnya ialah menghantamkan pedang kepada musuh sampai ia bengkok," jawabnya.

Abu Dujana, seorang laki-laki yang sangat berani, mengenakan pita (kain) merah. Apabila ia sudah mengikatkan pita merahnya itu, orang akan mengetahui bahwa ia sudah siap bertempur. Saat itu, ia pun sudah mengeluarkan pita mautnya.

Ia mengambil pedang, mengeluarkan pita, lalu mengikatkannya di kepala. Seperti biasa, ia berlagak di tengah-tengah dua barisan itu bila sudah siap menghadapi pertempuran. "Cara berjalan seperti ini sangat dibenci Allah, kecuali dalam bidang ini," kata Rasulullah setelah melihat gaya berjalan Abu Dujana.

kita seharusnya mengambil iktibar dari peristiwa ini dengan berani berada di khalayak ramai untuk menyatakan kebenaran, bercakap tentang kebaikan dimana sahaja kita berada, dan paling penting tidak terikut dan takut dengan momokan pihak musuh.

Apakah kebaikan yang diperoleh:

1. mengasah bakat dari sudut pengucapan.

2. memastikan masyarakat mendapat maklumat yang betul.

3. menaikkan semangat melawan ke zaliman dan ketidak adilan.

4. mendapat keyakinan diri.

5. dipandang sebagai golongan yang celik maklumat.

keburukannya:

1. masyrakat akan mandom.

2. mudah ditipu dan diperdaya.

3. akal malas untuk berfikir.

saya mengharapkan sesiapa sahaja yang merasakan diri mereka tertindas mahupun ingin menyebarkan risalah islam,maka baiklah kita untuk berpidato dan berani menonjolkan diri untuk menyatakan kepada perkara-perkara yang benar.


Sunday, July 4, 2010

Mahasiswa Baru Sedia Bersama Universiti

Ucapan selamat datang diucapkan kepada Mahasiswa/i baru ke Universiti Sains Malaysia. Mahasiswa/i ini kebanyakan berlatar belakangkan pendidikan Stpm dan Matrikulasi di anggap bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai mahasiswa USM yang bukan sahaja bertujuan untuk belajar tetapi sebaliknya membantu menaikan imej universiti . selain itu,Mahasiswa/i islam juga kebanyakannya bersedia untuk melaksanakan apa yang dianjurkan oleh islam dan melaksanakan suruhan Allah.

hal ini bertepatan dengan firman Allah:

"sesungguhnya kita (ummat Nabi Muhammad) adalah umat yg terbaik,iaitu dengan melakukan perkara yang makruf dan mencegah perkara yang mungkar......"(surah Ali-Imran:110)

Semoga Mahasiswa Usm kali ini akan menjadi generasi yang lebih baik berbanding generasi sebelum-sebelumnya.

Thursday, July 1, 2010

" Pas 4 Allah Vs Islam 4 All"

Ketika dada-dada akhbar hangat memperkatakan tetang ulama PAS dan ulama UMNO, saya lebih tertarik dengan konsep yang bakal diperkenalkan oleh ulama' UMNO iaitu ' Islam untuk semua'. Apa yang menariknya ialah ia seolah-olah cuba melawan slogan PAS iaitu 'Pas untuk semua' dan menunjukkan UMNO yang lebih syumul (menyeluruh) dalam setiap perkara.

ada apa dengan ' Islam untuk semua'?

Pada pandangan saya slogan 'islam untuk semua' adalah bagus dan menarik sekiranya ia dilaksanakan dengan betul. Namun demikian, slogan sahaja tidak mencukupi sekiranya perkara dasar dalam UMNO tidak berubah. Jika kita mengimbau kembali sejarah sekitar tahun 1948 apabila Hizbul Muslimin yang ketika itu digerakkan oleh dua orang tokoh ternama iaitu Dr.Burhanudin al-Helmy dan Ust Abu Bakar Al-Baqir telah diharamkan ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948. Disebabkan peristiwa ini ,maka ada Segelintir ulama' yang masuk kedalam UMNO kerana mereka berasa perlu untuk berada dalam satu pertubuhan untuk memperjuangkan islam. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno.

Bahagian ini kemudiannya, mengatur beberapa persidangan untuk membolehkan ulama' menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, "Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan", Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulama' ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulama' telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulama' yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.

Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulama' dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulama' membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulama' di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema "Ulama' ke Jalan Allah" bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Allah. Para ulama' menolak sebarang bentuk-bentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

sejarah membuktikan bahawa ulama' tidak tahan dengan kerenah UMNO. Walaubagaimanapun, sejarah tetap dijadikan rujukan supaya pisang tidak berbuah dua kali. Sekiranya UMNO mengubah dasar yang dibawanya,saya yakin dan percaya bahawa slogan ' Islam untuk semua' boleh dilaksanakan dan PAS boleh bergabung dengan UMNO. Sekiranya perkara dasar tidak berubah,maka perkara sama tetap akan berlaku iaitu perjuangan berteraskan ketuanan melayu dan kesyumulan islam tidak dapat di terjemahkan malah memburukkan lagi imej islam.

ada apa dengan 'PAS untuk semua'??

Jika kita melihat sejarah ringkas diatas, penubuhan Pas adalah kerana merasakan perlunya menolak Parti yang tidak menuju kepada keredhaan Allah. Hal ini bermakna perkara dasar Pas ialah membentuk sebuah negara yang diredhai oleh Allah s.w.t. Maka jika mahu negara yang direhai oleh Allah maka jawapannya ialah Islam.

Firman Allah:

"sesungguhnya agama yang diredhai oleh Allah ialah islam.." (surah Ali Imran : 19)

"sesiapa yang mengikut jalan dari apa yang di syariatkan oleh Allah sebagai agamanya,maka tidak sesekali akan diterima daripadanya (surah Ali- Imran : 85).

maka saya beranggapan tidak perlulah Pas menggunkan slogan 'islam untuk semua'. sebaliknya penggunaan 'Pas untuk semua' menjadikan orang bukan islam mudah untuk mendekati mereka. Saya juga melihat Pas cuba memecah temboknya apabila menbenarkan orang bukan islam berada dalam parti mereka. Ini menujukkan bahawa Pas sebaris dengan Dap dan Pkr kerana merupakan parti multiracial.

saya juga berpandangan bahawa nama yang berbentuk islam tidak perlu diwawarkan sekiranya ia tidak diterima masyarakat,tetapi sebaliknya menggunakan nama yang bersifat mesra rakyat tetapi tahu kemana arah yang hendak dituju dan matlamat sebenar.


Monday, May 31, 2010

Zionis mula tunjuk taring!!!

Hendak diceritakan tentang peranan pemuda sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W hingga ke hari ini:

Muadz b Amr r.a.

Beliau merupakan seorang pemuda Ansar yang berasal dari Madinah. Semasa Peperangan Badar berlansung, beliau juga turut sama dalam saf tentera Islam bagi menentang tentera musyrikin Quraisy.

Sebelum peperangan berlansung, beliau selalu mendengar perihal Abu Jahal yang selalu menghina Rasulullah s.a.w. ketika Rasulullah s.a.w. belum berhijrah ke Madinah. Atas sebab inilah, beliau menyimpan nekad untuk membunuh Abu Jahal dengan tangannya sendiri.


Badar al-Kubra

Semasa Perang Badar berlansung, beliau berjaya mengenalpasti insan yang bernama Abu Jahal setelah bertanya kepada Abdul Rahman b Auf r.a.. Ketika itu, Abu Jahal dikelilingi oleh bodyguard-bodyguardnya yang gagah-gagah semuanya. Dipendekkan cerita, dengan semangat jihad yang tinggi, beliau berjaya memecahkan pertahanan bodyguard Abu Jahal lantas menghayun pedangnya ke arah Abu Jahal. Beliau berjaya memotong betis Abu Jahal dengan hayunan pedangnya itu.

Tetapi, dengan tidak semena-mena Ikrimah b Abu Jahal r.a.(yang ketika itu masih belum menganut Islam) meluru pantas ke arah Muadz lantas mencantas tangan Muadz. Hanya secebis kulit sahaja dari tangannya yang masih tergantung pada badannya. Adakah Muadz akan berpatah balik?? Ataupun dia akan menyerah diri?? Tidak sama sekali. Diceritakan dari dirinya sendiri, pergerakannya terbatas disebabkan oleh tangannya yang tergantung itu. Lantas beliau meletakkan tangannya yang hampir putus itu di bawah kakinya lalu diinjak-injakkan sehingga putus betul.

kisah pemuda Al-khafi

hendak diceritakan suatu zaman dahulu ada 7 orang pemuda yang melarikan diri daripada ancaman bunuh oleh pemerintah pada zaman tersebut iaitu Raja Daqyanus. Mereka telah melarikan diri kedalam gua bersama dengan seekor anjing. Kemudian Allah telah menidurkan pemuda tersebut.

Apa yang cuba disampaikan melalui kisah ini ialah keteguhan iman dan hidup berprinsip serta sentiasamenjaga ketaatan kepada Allah S.W.T, keyakinan yang utuh terhadap diri sendiri serta mampu berhujah mempertahankan prinsip, keberanian dan semangat dalam mengharungi cabaran dan apa yang penting ialah pemuda-pemudi merupakan harapan agama,bangsa dan negara.

Sebagai pemuda kita harus sedar kepentingan kita dalam menegakkan kalimah Allah dimuka bumi kerana golongan muda mempunyai kudrat yang kuat disamping mempunyai idea dan pemikiran yang strategik.Begitu juga dengan musuh kita pada hari ini apabila Rejim Zionis sanggup membunuh manusia yang tidak berdosa. Hal ini bukan sahaja berlaku kepada penduduk palestin tetapi mereka yang merupakan aktivis palestin juga turut terbunuh.

Apa yang menarik aktivis palestin bukan sahaja dari kalangan orang islam tetapi bukan islam juga terlibat. Namun demikian,berapa ramaikah orang islam sanggup menjadi aktivis islam?dimanakah pemuda islam?adakah pemuda islam sudah mandul?

Pemuda seharusnya memainkan peranan agar kita mengetahui tujuan kita dilahirkan dan kita seharusnya menggunakan segala kudrat yang ada untuk melawa musuh islam,bukan untuk bersuka ria sahaja. Semoga akan lahirlah pemuda seperti Muaz,saidina Ali,Pemuda Khafi dan lain-lain lagi..

Hidup Pemuda islam,

Selamatkan Palestin,

Hancurkan zionis.

Takbir 3x

Friday, May 28, 2010

Sedia Berdebat Dengan Kerajaan Isu Judi!!



Firman Allah:

"wahai orang-orang beriman! sesungguhnya minuman keras,berjudi,(berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk dalam perbuatan setan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung" (Al-Maidah:90)

Allah menggambarkan dalam surah Al-Maidah bahawa Judi merupakan perkara yang dilarang dalam islam. Namun demikian,apa yang menarik ialah orang yang meluluskan judi merupakan orang yang menggelarkan mereka sebagai pejuang bangsa dan agama islam.

Sedar atau tidak perbuatan mereka sebenarnya menggambarkan ucapan yang di laungkan. 1Malaysia= 1 judi. Jika benar mereka perjuang islam kenapa harus mengatakan Ya pada judi???

Ucapan tahniah saya ucapkan kepada kerajaan negeri Selangor dan Pulau pinang kerana mengharamkan judi sukan di negeri yang mereka tadbir. Namun demikian, kerajaan negeri Kedah masih berdiam diri sedangkan yang memerintah ialah orang yang dikatakan perjuang islam. Negeri yang ditadbir oleh orang bukan islam sudah mewartakan pengharaman judi sukan. Negeri yang ditadbir orang islam bila lagi??

Selain itu,saya mendoakan agar pemerintah negeri Pulau Pinang akan memeluk islam suatu hari nanti.

Dimanakah Perkasa??? kenapa senyap???

Teringat kembali ketika demonstrasi yang dilakukan oleh Perkasa di Pulau Pinang yang kononnya untuk peniaga melayu yang ditindas,tetapi bila isu judi kemana hilangnya Perkasa.Ini bukan isu orang melayu,tetapi ini isu agama. Adakah Perkasa= Umno???

Jika diberi peluang saya bersedia berdebat dengan Ibrahim Ali dan jika berani saya sanggup berdebat dengan Perdana Menteri. Jika mahu rakyat ikut kerajaan jangan buat apa yang dibenci oleh rakyat dan Allah. Kalau takut hilang jawatan buatlah kerajaan sendiri dan negeri sendiri.Jika lesen judi ini tidak ditarik semula,saya mencadangkan agar En.Najib turun dari kerusi NO 1 negara!!!!!!