Pemuda Bisa Menggegar Dunia

“..saya lebih baik menyerah jiwa raga saya kepada Allah daripada mengemis kepada seseorang
pemerintah yang zalim. Jika memang Tuhan menghendaki, maka dengan ikhlas saya menyerahkan jiwa
raga saya ini. Tetapi jika bukan dengan kehendakNya, apa pun yang diperbuat, mereka tak akan dapat
melakukan sesuatu pun atas diriku..!”.

Monday, May 31, 2010

Zionis mula tunjuk taring!!!

Hendak diceritakan tentang peranan pemuda sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W hingga ke hari ini:

Muadz b Amr r.a.

Beliau merupakan seorang pemuda Ansar yang berasal dari Madinah. Semasa Peperangan Badar berlansung, beliau juga turut sama dalam saf tentera Islam bagi menentang tentera musyrikin Quraisy.

Sebelum peperangan berlansung, beliau selalu mendengar perihal Abu Jahal yang selalu menghina Rasulullah s.a.w. ketika Rasulullah s.a.w. belum berhijrah ke Madinah. Atas sebab inilah, beliau menyimpan nekad untuk membunuh Abu Jahal dengan tangannya sendiri.


Badar al-Kubra

Semasa Perang Badar berlansung, beliau berjaya mengenalpasti insan yang bernama Abu Jahal setelah bertanya kepada Abdul Rahman b Auf r.a.. Ketika itu, Abu Jahal dikelilingi oleh bodyguard-bodyguardnya yang gagah-gagah semuanya. Dipendekkan cerita, dengan semangat jihad yang tinggi, beliau berjaya memecahkan pertahanan bodyguard Abu Jahal lantas menghayun pedangnya ke arah Abu Jahal. Beliau berjaya memotong betis Abu Jahal dengan hayunan pedangnya itu.

Tetapi, dengan tidak semena-mena Ikrimah b Abu Jahal r.a.(yang ketika itu masih belum menganut Islam) meluru pantas ke arah Muadz lantas mencantas tangan Muadz. Hanya secebis kulit sahaja dari tangannya yang masih tergantung pada badannya. Adakah Muadz akan berpatah balik?? Ataupun dia akan menyerah diri?? Tidak sama sekali. Diceritakan dari dirinya sendiri, pergerakannya terbatas disebabkan oleh tangannya yang tergantung itu. Lantas beliau meletakkan tangannya yang hampir putus itu di bawah kakinya lalu diinjak-injakkan sehingga putus betul.

kisah pemuda Al-khafi

hendak diceritakan suatu zaman dahulu ada 7 orang pemuda yang melarikan diri daripada ancaman bunuh oleh pemerintah pada zaman tersebut iaitu Raja Daqyanus. Mereka telah melarikan diri kedalam gua bersama dengan seekor anjing. Kemudian Allah telah menidurkan pemuda tersebut.

Apa yang cuba disampaikan melalui kisah ini ialah keteguhan iman dan hidup berprinsip serta sentiasamenjaga ketaatan kepada Allah S.W.T, keyakinan yang utuh terhadap diri sendiri serta mampu berhujah mempertahankan prinsip, keberanian dan semangat dalam mengharungi cabaran dan apa yang penting ialah pemuda-pemudi merupakan harapan agama,bangsa dan negara.

Sebagai pemuda kita harus sedar kepentingan kita dalam menegakkan kalimah Allah dimuka bumi kerana golongan muda mempunyai kudrat yang kuat disamping mempunyai idea dan pemikiran yang strategik.Begitu juga dengan musuh kita pada hari ini apabila Rejim Zionis sanggup membunuh manusia yang tidak berdosa. Hal ini bukan sahaja berlaku kepada penduduk palestin tetapi mereka yang merupakan aktivis palestin juga turut terbunuh.

Apa yang menarik aktivis palestin bukan sahaja dari kalangan orang islam tetapi bukan islam juga terlibat. Namun demikian,berapa ramaikah orang islam sanggup menjadi aktivis islam?dimanakah pemuda islam?adakah pemuda islam sudah mandul?

Pemuda seharusnya memainkan peranan agar kita mengetahui tujuan kita dilahirkan dan kita seharusnya menggunakan segala kudrat yang ada untuk melawa musuh islam,bukan untuk bersuka ria sahaja. Semoga akan lahirlah pemuda seperti Muaz,saidina Ali,Pemuda Khafi dan lain-lain lagi..

Hidup Pemuda islam,

Selamatkan Palestin,

Hancurkan zionis.

Takbir 3x

Friday, May 28, 2010

Sedia Berdebat Dengan Kerajaan Isu Judi!!



Firman Allah:

"wahai orang-orang beriman! sesungguhnya minuman keras,berjudi,(berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk dalam perbuatan setan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung" (Al-Maidah:90)

Allah menggambarkan dalam surah Al-Maidah bahawa Judi merupakan perkara yang dilarang dalam islam. Namun demikian,apa yang menarik ialah orang yang meluluskan judi merupakan orang yang menggelarkan mereka sebagai pejuang bangsa dan agama islam.

Sedar atau tidak perbuatan mereka sebenarnya menggambarkan ucapan yang di laungkan. 1Malaysia= 1 judi. Jika benar mereka perjuang islam kenapa harus mengatakan Ya pada judi???

Ucapan tahniah saya ucapkan kepada kerajaan negeri Selangor dan Pulau pinang kerana mengharamkan judi sukan di negeri yang mereka tadbir. Namun demikian, kerajaan negeri Kedah masih berdiam diri sedangkan yang memerintah ialah orang yang dikatakan perjuang islam. Negeri yang ditadbir oleh orang bukan islam sudah mewartakan pengharaman judi sukan. Negeri yang ditadbir orang islam bila lagi??

Selain itu,saya mendoakan agar pemerintah negeri Pulau Pinang akan memeluk islam suatu hari nanti.

Dimanakah Perkasa??? kenapa senyap???

Teringat kembali ketika demonstrasi yang dilakukan oleh Perkasa di Pulau Pinang yang kononnya untuk peniaga melayu yang ditindas,tetapi bila isu judi kemana hilangnya Perkasa.Ini bukan isu orang melayu,tetapi ini isu agama. Adakah Perkasa= Umno???

Jika diberi peluang saya bersedia berdebat dengan Ibrahim Ali dan jika berani saya sanggup berdebat dengan Perdana Menteri. Jika mahu rakyat ikut kerajaan jangan buat apa yang dibenci oleh rakyat dan Allah. Kalau takut hilang jawatan buatlah kerajaan sendiri dan negeri sendiri.Jika lesen judi ini tidak ditarik semula,saya mencadangkan agar En.Najib turun dari kerusi NO 1 negara!!!!!!

Tuesday, May 25, 2010

Hukum Tarikan Berasaskan Al-Quran???

Benarkah di dalam Al-Quran ada menceritakan tentang hukum tarikan??

menurut pandangan Esther dan Jerry Hicks,penulis ( Law Of Attraction: The Basics of The Teaching Of Abraham)

"segala perkara dalam kehidupan kamu dan di sekeliling kamu dipengaruhi Hukum Tarikan.Hukum ini adalah asas bagi semua perkara yang wujud dalam pengalaman kamu.Kesedaran mengenai hukum tarikan dan memahami bagaimana ia berfungsi begitu penting bagi kita,supaya kita dapat hidup bahagia menjalani kehidupan dengan arah tuju sebenarnya"

menurut definasi yang diberikan oleh Micheal J.Loiser

"segala perkara yang kita fikirkan dengan seluruh perhatian,tenaga dan fikiran sama ada perkara positif mahu pun negatif,akan datang dalam kehidupan kita"


Apa yang menarik ialah kata-kata yang dilemparkan oleh tiga tokoh barat di atas sebenarnya terlebih dahulu telah diajar oleh Allah dan Nabi Muhammad. Sekiranya kita perhatikan dan fahami Al-Quran serta sunnah nabi kita tentu dapat menemui banyak hukum tarikan didalamnya.

Sebagai contoh Firman Allah:

"Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah,nescaya dia akan melihat balasanNya dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah,nescaya dia akan melihat balasanNya" (Al-Zalzalah:7-8)

jika kita selami dan fahami ayat ini sebenarnya Allah menggalakkan manusia untuk berlumba-lumba membuat kebaikan dan Allah melarang kita untuk membuat kerosakan.
Di sini perlu ditekankan bahawa sebenarnya apa yang perlu di lakukan oleh manusia ialah sentiasa berfikir perkara-perkara yang baik. Hal ini kerana,setiap kali kita berfikir tentang kebaikan pasti ia akan diterjemahkan dalam kehidupan kita.

sebab itu Rasulullah bersabda:

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”.

menerusi firman Allah dan Hadith ini sudah cukup untuk memberitahu kita Allah dan Rasulullah saw suruh menjadi baik. Selain daripaa itu, seluruh kehidupan kita sudah tergambar didalam Al-Quran. cuma kita perlu tahu cara menemukan kehidupan dengan Al-quran.

Pernahkan kita idamkan sesuatu dalam kehidupan kita??adakah kita sudah mendapatnya sekarang??

Jika tidak? bagaimanakah ingin mendapatkannya???

Pendekatan yang paling mudah ialah kita perlu mengetahui selok belok Al-Quran,membaca dan mengamalkannya. Perkara ini sesuai dengan kata-kata Allah iaitu

" dan apabila dibaca Quran,maka dengarkanlah dan diamlah supaya kamu mendapat rahmat"
(surah Al-A'raf: 204)

Apabila kita mahu mendengar,memerhati dan kemudian mengamalkannya,Quran pasti bertindak balas pada setiap keinginan kita,jika kita mahukan yang baik pasti Allah akan memberinya begitu juga sebaliknya.

contoh lain yang boleh diambil iktibar ialah Kisah Nabi Ibrahim:

ketika Nabi Ibrahim dibakar diatas bara api. Nabi Ibrahim yakin dan percaya yang tuhan tidak akan berdiam diri. Dia memberikan getaran yang positif kepada alam sekitar dan alam sekitar membalasnya. Allah lalu mengabdikan ungkapan itu dalam Al-Quran :

"wahai api! jadilah kamu dingin dan penyelamat bagi Ibrahim" (Al-anbiya:69)

begitulah sedikit perkongsian ilmu tentang hukum tarikan dalam Al-Quran.Semoga perkongsian ini dapat di manfaatkan bersama.

Friday, May 7, 2010

LULUSKAN LESEN JUDI????

Hari ini negara digegarkan dengan berita kerajaan persekutuan akan mempertimbangkan untuk meluluskan lesen perjudian untuk sukan bola sepak piala dunia yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Apa yang menjadi tipping point ialah apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata:

jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

saya berpandangan bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan akan menyebabkan negara ditimpa musibah.Gejala sosial yang berlaku masih tidak berjaya dibanteras dan sekarang menambahkan lagi masalah kepada negara dan masyarakat Malaysia

firman Allah:

" kamu umat (Muhammad) umat terbaik yang diciptakan,jadi ajaklah orang melakukan perkara yang makruf (baik) dan cegah kemungkaran......" (Ali-Imran:110)

ayat ini Allah menyuruh kita mengajak orang melakukan kebaikan dan bukan mengajak orang melakukan kejahatan.Sesungguhnya judi itu merupakan perkara yang diharamkan dalam islam.
bermain judi pun sudah haram,apa ntah lagi duitnya.

Kerajaan seharusnya berfikiran waras dalam menangani isu ini.Bukan hanya untuk menyedapkan hati sesetengah pihak. Yang haram tetap haram,tidak perlulah menghalalkan perkara yang haram. sekian..