Pemuda Bisa Menggegar Dunia

“..saya lebih baik menyerah jiwa raga saya kepada Allah daripada mengemis kepada seseorang
pemerintah yang zalim. Jika memang Tuhan menghendaki, maka dengan ikhlas saya menyerahkan jiwa
raga saya ini. Tetapi jika bukan dengan kehendakNya, apa pun yang diperbuat, mereka tak akan dapat
melakukan sesuatu pun atas diriku..!”.

Tuesday, April 13, 2010

Menolak Jawatankuasa Perunding Antara Agama

Seperti yang kita ketahui,suatu ketika dahulu bumi Malaysia digegarkan dengan berita penggunaan kalimah Allah kepada golongan bukan islam. Pada ketika itu,ummat melayu-islam dan segelintir mua'llaf menentang penggunaan nama Allah kepada bukan penganut agama islam. Rentetan daripada isu ini,berlakulah 'peperangan' di antara rumah ibadat ummat islam dan bukan islam.Tetapi apa yang menarik ialah ia di mulakan oleh orang melayu islam dengan melontar bom tangan ke atas gereja. 'Upacara' yang haram ini tidak terhenti malah berterusan sehingga menjadi kegilaan sesetengah pihak apabila ada yang sanggup melemparkan kepala babi di dalam surau.

Firman Allah S.W.T:

Ertinya : orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: ""Tuhan kami hanyalah Allah"". Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya (masjid-masjid) itu banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama) -Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa." ( Al-Haj : 40)



Lama kelamaan,isu ini(kalimah Allah) semakin lenyap didalam bumi Malaysia.Kini timbul pula isu jawatankuasa perunding antara agama.Perkara ini merupakan niat murni kerajaan untuk mengharmonikan hubungan antara orang islam dengan bukan islam disamping ingin mewujudkan peperpaduan antara agama,sayangnya ia mendapat tentangan daripada beberapa mufti dan NGO islam.

Namun demikian,yang menjadi permasalahan disini ialah,apabila orang 'politik' yang kita tidak tahu statusnya dan ilmunya tentang agama terlibat dalam jawatankuasa ini,malah sejauhmana kuasa yang diberikan bebas daripada kepentingan politik dan bagaimanakah peranan yang dimainkan oleh jawatankuasa ini?Akan tetapi, yang menjadi persoalan besar ialah adakah golongan bukan islam boleh meminta tuntutan yang bukan-bukan sehingga menjejaskan islam dan adakah ia sama dengan konsep persama-rataan dalam agama?

Akhirnya,selagi mana tiada penjelasan yang detail diberikan,maka selagi itulah,perkara ini tidak releven untuk dilaksanakan dan menjadi perbualan hangat masyarakat. Serta kemungkinan akan mengeruhkan lagi hubungan antara agama.