Pemuda Bisa Menggegar Dunia

“..saya lebih baik menyerah jiwa raga saya kepada Allah daripada mengemis kepada seseorang
pemerintah yang zalim. Jika memang Tuhan menghendaki, maka dengan ikhlas saya menyerahkan jiwa
raga saya ini. Tetapi jika bukan dengan kehendakNya, apa pun yang diperbuat, mereka tak akan dapat
melakukan sesuatu pun atas diriku..!”.

Wednesday, July 14, 2010

ZALIM!!!

Saban hari kita melihat terlalu banyak kezaliman yang berlaku di atas muka bumi ini. Perbuatan zalim bukan sahaja berlaku pada zaman moden ini sahaja tetapi ia telah berlaku sejak zaman-zaman nabi terdahulu dan kenapa kita masih tidak mengambil pengajaran. Kita bukan menuju kearah masyarakat yang cintakan keamanan tetapi sebaliknya kehancuran kerana masyarakat sekarang sedang menuju kearah masyarakat jahiliyah.

Apa buktinya???

1. Pembuangan anak berlaku secara berleluasa.
2. Kejadian zina semakin meningkat.
3. Rasuah berleluasa.
4. Anak yang memukul ibu bapa.
5. Pelacuran
6. Judi
7. Arak

dan lain-lain lagi..yang tidak dapat dilihat melalui pandagan mata.

Walaupun kita sering digambarkan sebagai negara yang aman,tetapi sebenarnya hanya indah khabar dari rupa. Adakah sikap individualistik,perkauman, ketidak adilan?? merupakan keamanan yang ingin digambarkan. Jika itu lah yang dimaksudkan dengan aman maka ia sebenarnya telah mematikan akal manusia terutamanya penduduk Malaysia. Rakyat Malaysia akan mula malas untuk berfikir sebaliknya mengikut apa yang dituruti dan menjadi seorang pengecut.

Jika kita imbas kembali sirah Nabawiyyah bagaimana "Sa'ad Bin Abi Waqas sedang solat bersama beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. di sebuah lorong Mekah,tiba-tiba mereka diganggu oleh golongan musyrikin Mekah. Orang musyrikin itu lalu mengecam dan mencela apa yang mereka lakukan sehingga terjadinnya pertarungan.Kemudian Sa'ad Bin Abi Waqas pada waktu itu berhasil membunuh seorang lelaki dari kaum musyrikin dengan menggunakan rantai unta. Itulah darah pertama kali ditumpahkan dalam islam "(Tahdzibul as-sirah, Ibnu Hisyam,hlm 57)

Dari karekteristik ini dapat kita fahami bahawa aktivis gerakan islam tidak sama tingkatannya dalam menghadapi gangguan. Ada dikalangan mereka yang popular kerana keberaniaan (Umar Al-Khatab), keluarganya dan kedudukannya.

Bagi masyarakat dan individu yang dizalimi kita berhak melakukan tindak balas dan perlu menentang mereka yang zalim. Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam Firmannya:

" dan orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan zalim mereka membela diri."
(Surah Asy-Syura; 42:39)

tindak menolak perkara yang zalim merupakan perkara yang positif dalam meningkatkan moral masyarakat,terutama dalam menentang golongan yang zalim. Malah tindakan melawan golongan atau individu yang zalim boleh mendorong seseorang atau sekumpulan manusia bergabung (tahalluf) dengan barisan dakwah dengan harapan keadilan dapat dikecapi.

Namun dalam pembelaan diri tidak seharusnya wujud sifat balas dendam,permusuhan tidak tentu hala . Ia hanya terbatas sebagai tindakan menolak permusuhan terhadap hak-hak asasi manusia biasa disetiap masyarakat.

No comments:

Post a Comment