Pemuda Bisa Menggegar Dunia

“..saya lebih baik menyerah jiwa raga saya kepada Allah daripada mengemis kepada seseorang
pemerintah yang zalim. Jika memang Tuhan menghendaki, maka dengan ikhlas saya menyerahkan jiwa
raga saya ini. Tetapi jika bukan dengan kehendakNya, apa pun yang diperbuat, mereka tak akan dapat
melakukan sesuatu pun atas diriku..!”.

Tuesday, May 25, 2010

Hukum Tarikan Berasaskan Al-Quran???

Benarkah di dalam Al-Quran ada menceritakan tentang hukum tarikan??

menurut pandangan Esther dan Jerry Hicks,penulis ( Law Of Attraction: The Basics of The Teaching Of Abraham)

"segala perkara dalam kehidupan kamu dan di sekeliling kamu dipengaruhi Hukum Tarikan.Hukum ini adalah asas bagi semua perkara yang wujud dalam pengalaman kamu.Kesedaran mengenai hukum tarikan dan memahami bagaimana ia berfungsi begitu penting bagi kita,supaya kita dapat hidup bahagia menjalani kehidupan dengan arah tuju sebenarnya"

menurut definasi yang diberikan oleh Micheal J.Loiser

"segala perkara yang kita fikirkan dengan seluruh perhatian,tenaga dan fikiran sama ada perkara positif mahu pun negatif,akan datang dalam kehidupan kita"


Apa yang menarik ialah kata-kata yang dilemparkan oleh tiga tokoh barat di atas sebenarnya terlebih dahulu telah diajar oleh Allah dan Nabi Muhammad. Sekiranya kita perhatikan dan fahami Al-Quran serta sunnah nabi kita tentu dapat menemui banyak hukum tarikan didalamnya.

Sebagai contoh Firman Allah:

"Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah,nescaya dia akan melihat balasanNya dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah,nescaya dia akan melihat balasanNya" (Al-Zalzalah:7-8)

jika kita selami dan fahami ayat ini sebenarnya Allah menggalakkan manusia untuk berlumba-lumba membuat kebaikan dan Allah melarang kita untuk membuat kerosakan.
Di sini perlu ditekankan bahawa sebenarnya apa yang perlu di lakukan oleh manusia ialah sentiasa berfikir perkara-perkara yang baik. Hal ini kerana,setiap kali kita berfikir tentang kebaikan pasti ia akan diterjemahkan dalam kehidupan kita.

sebab itu Rasulullah bersabda:

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”.

menerusi firman Allah dan Hadith ini sudah cukup untuk memberitahu kita Allah dan Rasulullah saw suruh menjadi baik. Selain daripaa itu, seluruh kehidupan kita sudah tergambar didalam Al-Quran. cuma kita perlu tahu cara menemukan kehidupan dengan Al-quran.

Pernahkan kita idamkan sesuatu dalam kehidupan kita??adakah kita sudah mendapatnya sekarang??

Jika tidak? bagaimanakah ingin mendapatkannya???

Pendekatan yang paling mudah ialah kita perlu mengetahui selok belok Al-Quran,membaca dan mengamalkannya. Perkara ini sesuai dengan kata-kata Allah iaitu

" dan apabila dibaca Quran,maka dengarkanlah dan diamlah supaya kamu mendapat rahmat"
(surah Al-A'raf: 204)

Apabila kita mahu mendengar,memerhati dan kemudian mengamalkannya,Quran pasti bertindak balas pada setiap keinginan kita,jika kita mahukan yang baik pasti Allah akan memberinya begitu juga sebaliknya.

contoh lain yang boleh diambil iktibar ialah Kisah Nabi Ibrahim:

ketika Nabi Ibrahim dibakar diatas bara api. Nabi Ibrahim yakin dan percaya yang tuhan tidak akan berdiam diri. Dia memberikan getaran yang positif kepada alam sekitar dan alam sekitar membalasnya. Allah lalu mengabdikan ungkapan itu dalam Al-Quran :

"wahai api! jadilah kamu dingin dan penyelamat bagi Ibrahim" (Al-anbiya:69)

begitulah sedikit perkongsian ilmu tentang hukum tarikan dalam Al-Quran.Semoga perkongsian ini dapat di manfaatkan bersama.

No comments:

Post a Comment