Pemuda Bisa Menggegar Dunia

“..saya lebih baik menyerah jiwa raga saya kepada Allah daripada mengemis kepada seseorang
pemerintah yang zalim. Jika memang Tuhan menghendaki, maka dengan ikhlas saya menyerahkan jiwa
raga saya ini. Tetapi jika bukan dengan kehendakNya, apa pun yang diperbuat, mereka tak akan dapat
melakukan sesuatu pun atas diriku..!”.

Tuesday, May 25, 2010

Hukum Tarikan Berasaskan Al-Quran???

Benarkah di dalam Al-Quran ada menceritakan tentang hukum tarikan??

menurut pandangan Esther dan Jerry Hicks,penulis ( Law Of Attraction: The Basics of The Teaching Of Abraham)

"segala perkara dalam kehidupan kamu dan di sekeliling kamu dipengaruhi Hukum Tarikan.Hukum ini adalah asas bagi semua perkara yang wujud dalam pengalaman kamu.Kesedaran mengenai hukum tarikan dan memahami bagaimana ia berfungsi begitu penting bagi kita,supaya kita dapat hidup bahagia menjalani kehidupan dengan arah tuju sebenarnya"

menurut definasi yang diberikan oleh Micheal J.Loiser

"segala perkara yang kita fikirkan dengan seluruh perhatian,tenaga dan fikiran sama ada perkara positif mahu pun negatif,akan datang dalam kehidupan kita"


Apa yang menarik ialah kata-kata yang dilemparkan oleh tiga tokoh barat di atas sebenarnya terlebih dahulu telah diajar oleh Allah dan Nabi Muhammad. Sekiranya kita perhatikan dan fahami Al-Quran serta sunnah nabi kita tentu dapat menemui banyak hukum tarikan didalamnya.

Sebagai contoh Firman Allah:

"Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah,nescaya dia akan melihat balasanNya dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah,nescaya dia akan melihat balasanNya" (Al-Zalzalah:7-8)

jika kita selami dan fahami ayat ini sebenarnya Allah menggalakkan manusia untuk berlumba-lumba membuat kebaikan dan Allah melarang kita untuk membuat kerosakan.
Di sini perlu ditekankan bahawa sebenarnya apa yang perlu di lakukan oleh manusia ialah sentiasa berfikir perkara-perkara yang baik. Hal ini kerana,setiap kali kita berfikir tentang kebaikan pasti ia akan diterjemahkan dalam kehidupan kita.

sebab itu Rasulullah bersabda:

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”.

menerusi firman Allah dan Hadith ini sudah cukup untuk memberitahu kita Allah dan Rasulullah saw suruh menjadi baik. Selain daripaa itu, seluruh kehidupan kita sudah tergambar didalam Al-Quran. cuma kita perlu tahu cara menemukan kehidupan dengan Al-quran.

Pernahkan kita idamkan sesuatu dalam kehidupan kita??adakah kita sudah mendapatnya sekarang??

Jika tidak? bagaimanakah ingin mendapatkannya???

Pendekatan yang paling mudah ialah kita perlu mengetahui selok belok Al-Quran,membaca dan mengamalkannya. Perkara ini sesuai dengan kata-kata Allah iaitu

" dan apabila dibaca Quran,maka dengarkanlah dan diamlah supaya kamu mendapat rahmat"
(surah Al-A'raf: 204)

Apabila kita mahu mendengar,memerhati dan kemudian mengamalkannya,Quran pasti bertindak balas pada setiap keinginan kita,jika kita mahukan yang baik pasti Allah akan memberinya begitu juga sebaliknya.

contoh lain yang boleh diambil iktibar ialah Kisah Nabi Ibrahim:

ketika Nabi Ibrahim dibakar diatas bara api. Nabi Ibrahim yakin dan percaya yang tuhan tidak akan berdiam diri. Dia memberikan getaran yang positif kepada alam sekitar dan alam sekitar membalasnya. Allah lalu mengabdikan ungkapan itu dalam Al-Quran :

"wahai api! jadilah kamu dingin dan penyelamat bagi Ibrahim" (Al-anbiya:69)

begitulah sedikit perkongsian ilmu tentang hukum tarikan dalam Al-Quran.Semoga perkongsian ini dapat di manfaatkan bersama.

Friday, May 7, 2010

LULUSKAN LESEN JUDI????

Hari ini negara digegarkan dengan berita kerajaan persekutuan akan mempertimbangkan untuk meluluskan lesen perjudian untuk sukan bola sepak piala dunia yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Apa yang menjadi tipping point ialah apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata:

jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

saya berpandangan bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan akan menyebabkan negara ditimpa musibah.Gejala sosial yang berlaku masih tidak berjaya dibanteras dan sekarang menambahkan lagi masalah kepada negara dan masyarakat Malaysia

firman Allah:

" kamu umat (Muhammad) umat terbaik yang diciptakan,jadi ajaklah orang melakukan perkara yang makruf (baik) dan cegah kemungkaran......" (Ali-Imran:110)

ayat ini Allah menyuruh kita mengajak orang melakukan kebaikan dan bukan mengajak orang melakukan kejahatan.Sesungguhnya judi itu merupakan perkara yang diharamkan dalam islam.
bermain judi pun sudah haram,apa ntah lagi duitnya.

Kerajaan seharusnya berfikiran waras dalam menangani isu ini.Bukan hanya untuk menyedapkan hati sesetengah pihak. Yang haram tetap haram,tidak perlulah menghalalkan perkara yang haram. sekian..

Tuesday, April 13, 2010

Menolak Jawatankuasa Perunding Antara Agama

Seperti yang kita ketahui,suatu ketika dahulu bumi Malaysia digegarkan dengan berita penggunaan kalimah Allah kepada golongan bukan islam. Pada ketika itu,ummat melayu-islam dan segelintir mua'llaf menentang penggunaan nama Allah kepada bukan penganut agama islam. Rentetan daripada isu ini,berlakulah 'peperangan' di antara rumah ibadat ummat islam dan bukan islam.Tetapi apa yang menarik ialah ia di mulakan oleh orang melayu islam dengan melontar bom tangan ke atas gereja. 'Upacara' yang haram ini tidak terhenti malah berterusan sehingga menjadi kegilaan sesetengah pihak apabila ada yang sanggup melemparkan kepala babi di dalam surau.

Firman Allah S.W.T:

Ertinya : orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: ""Tuhan kami hanyalah Allah"". Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya (masjid-masjid) itu banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama) -Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa." ( Al-Haj : 40)



Lama kelamaan,isu ini(kalimah Allah) semakin lenyap didalam bumi Malaysia.Kini timbul pula isu jawatankuasa perunding antara agama.Perkara ini merupakan niat murni kerajaan untuk mengharmonikan hubungan antara orang islam dengan bukan islam disamping ingin mewujudkan peperpaduan antara agama,sayangnya ia mendapat tentangan daripada beberapa mufti dan NGO islam.

Namun demikian,yang menjadi permasalahan disini ialah,apabila orang 'politik' yang kita tidak tahu statusnya dan ilmunya tentang agama terlibat dalam jawatankuasa ini,malah sejauhmana kuasa yang diberikan bebas daripada kepentingan politik dan bagaimanakah peranan yang dimainkan oleh jawatankuasa ini?Akan tetapi, yang menjadi persoalan besar ialah adakah golongan bukan islam boleh meminta tuntutan yang bukan-bukan sehingga menjejaskan islam dan adakah ia sama dengan konsep persama-rataan dalam agama?

Akhirnya,selagi mana tiada penjelasan yang detail diberikan,maka selagi itulah,perkara ini tidak releven untuk dilaksanakan dan menjadi perbualan hangat masyarakat. Serta kemungkinan akan mengeruhkan lagi hubungan antara agama.